skrituh.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN RITUH
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH KECIL SERIAN Tel : 082-750531, Faks :
e-mel : skrituh@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | PIBG | KEPUTUSAN UPSR 2007 | BERITA TERKINI | BUKU PELAWAT | PIAGAM PELANGGAN | FALSAFAH SEKOLAH |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Makmal sekolah

Sejarah sekolah ini bermula atas kesedaran betapa pentingnya pendidikan oleh penduduk-penduduk kampung yang diketuai oleh Encik Ajun pada tahun 1960.

 Setelah berusaha mengadakan beberapa siri perbincangan dengan penduduk kampung yang pada ketika itu berbelah bahagi tentang pembinaan sebuah sekolah, akhirnya Encik Ajun berjaya mendapat persetujuan majoriti penduduk kampung untuk mendirikan sebuah bangunan di sebuah tapak tanah berhampiran Sungai Rituh.

Bangunan berukuran 30’ X 60’ itu dibuat secara bergotong-royong oleh penduduk kedua-dua kampung iaitu Kampung Rituh Mawang dan Rituh Labuan. Bahan-bahan binaannya ialah daun rumbia sebagai atap dan buluh yang dibelah sebagai dinding. Lantainya tidak bersimen. Perabot-perabotnya dibuat oleh penduduk-penduduk kampung menggunakan kayu dan buluh.

Sekolah baru ini diletakkan di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Daerah Serian dan dinamakan “Rituh Council School

Guru pertama yang mengajar di sekolah ini ialah Encik Nian dan Kampung Taee, Serian. Beliau adalah segala-galanya; guru besar dan guru yang mengajar dan membimbing 15 orang murid perintis Sekolah Rituh.

Oleh kerana kawasan sekolah sering dilanda banjir maka, Majlis Perbandaran Daerah Serian membina bangunan baru yang berukuran 40’ X 70’ pada tahun 1964 di sebuah tapak baru. Bangunan ini mempunyai 3 buah bilik dan sebuah bilik guru.

Pada tahun 1978, sekolah ini dipindahkan lagi ke tapak baru, iaitu di mana ianya terletak sekarang, iaitu di atas bukit berhampiran Jalan Kuching-Serian. Ianya dibina di bawah Projek Bank Dunia. Sekolah baru ini mempunyai 3 buah bilik darjah dan sebuah bilik Guru Besar.

Pembukaan rasmi sekolah ini telah disempurnakan oleh YB Encik Musa Hitam, Menteri Pelajaran pada masa itu, iaitu pada tahun 1979.

Sejak itu banyak bangunan tambahan dibina secara gotong-royong oleh ahli-ahli PIBG. Bangunan–bangunan ini termasuklah sebuah dewan serbaguna, stor, perpustakaan dan bilik guru.

Dari segi prestasi akademik, sekolah ini mempunyai pencapaian akademik yang membanggakan. Kami mendapat 92.3% lulus dalam UPSR pada tahun 1995 dan 83% lulus pada tahun 1997 dan ianya adalah pencapaian terbaik dalam Daerah Serian. Pada Tahun 2005, sekolah ini menerima sijil penghargaan daripada Jabatan Pelajaran Sarawak di atas keputusan yang baik dari segi kualiti dalam UPSR 2004.

Kejayaan ini adalah atas usaha pengorbanan dan kerjasama semua pihak iaitu, guru, ibu bapa dan murid sendiri.



Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: